The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Liga Super ke-19 | Melaka FC lwn Selangor FC | 2025/26 | Persembahan Terbaik Diharap Berterusan

Feb 28, 2026 - FAS

Selangor FC kini berada di Negeri Bersejarah bagi menghadapi perlawanan Liga Super ke-19 menentang Melaka FC di Stadium Hang Jebat yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 malam.

Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga ketiga liga dengan 35 mata daripada 17 perlawanan hasil 11 kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan. Selangor FC hanya ketinggalan satu mata serta satu perlawanan berbanding Kuala Lumpur City FC yang kini menghuni tangga kedua Liga Super 2025/26.

Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau mahu para pemain terus berikan komitmen penuh sehingga wisel penamat.

“Kita sudah membuat persiapan yang sepatutnya untuk perlawanan malam ini. Bagi saya, sangat penting untuk kita kekal berdisiplin, menguruskan permainan dengan baik dan kekal fokus dari minit pertama hingga wisel penamat. Tambah dengan sokongan serta tenaga daripada para penyokong, kita akan bersama-sama memberikan yang terbaik untuk mencapai keputusan yang positif,” kata beliau.

Bagi para penyokong yang tidak dapat hadir ke Stadium Hang Jebat, ayuh meriahkan Watch Party tayangan langsung anjuran kelab di Suasana Market Hall bermula jam 9 malam. Jumpa anda di sana!

Pihak Pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan dalam usaha meraih tiga mata penuh seterusnya dalam saingan Liga Super 2025/26.

Demi Kebanggaan!